WHAT! MALAYS ARE ACTUALLY A "LOST TRIBE OF ISRAEL"? - BUT WHAT ABOUT PREVIOUS CLAIM MALAY DNA THE OLDEST IN THE WORLD AT OVER 60,000 YEARS!
MELAYU ADALAH LOST TRIBE OF ISRAEL PULA? APA SUDAH JADI DENGAN KETURAH? ATAU DNA MELAYU 60,000 TAHUN?
Hari itu seorang professor Universiti Islam Antarabangsa claim bahawa orang Melayu adalah keturunan Nabi Ibrahim menerusi isterinya bernama Keturah (atau Katurah atau Konturah).
Seorang wanita berPhD yang lain pula pernah claim bahawa DNA Melayu adalah DNA yang tertua dalam dunia ia itu lebih 60,000 tahun.
Semalam saya terima video berikut daripada tiga orang sahabat saya yang berlainan. Ok mari kita dengar video ini dulu:
My Comments :
Jadi ostard ini kata orang Melayu adalah 'Lost Tribe of Israel'.
Dia kata orang Melayu ada "darah Bani Israel".
Atau DNA Melayu 60,000 tahun adalah DNA yang tertua sekali dalam dunia?
Saya ada sikit soalan. Tempoh hari ada seorang itu ditangkap oleh Polis sebab dia kata Malaysia patut menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
KUALA LUMPUR, Dec 6 (Reuters) - Malaysian police said on Wednesday they have arrested a 36-year-old man and were conducting a sedition investigation over statements he made suggesting the country should establish diplomatic relations with Israel.
Tapi ostard ini pula kata :
- orang Melayu adalah 'Lost Tribe of Israel'.
- orang Melayu ada "darah Bani Israel".
Habis macam mana?
Kalau orang Melayu adalah 'Lost Tribe of Israel' atau orang Melayu ada "darah Bani Israel" apakah perlu lagi Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Israel? Itu soalan saya.
Sebagai perbandingan, kita mempunyai juta orang "Melayu" berketurunan Jawa dalam negara kita (Jawa tak termasuk Lost Tribe kut?) Soalannya apakah orang berketurunan Jawa dalam negeri kita perlu menjalin perhubungan diplomatik dengan orang Jawa di Pulau Jawa?
Ataupun apakah orang berketurunan Tamil dalam negeri kita perlu menjalin perhubungan diplomatik dengan orang Tamil di Tamil Nadu?
The point I am trying to joke about today is : kita boleh jimatkan banyak duit sewa pejabat duta, jimat bayar gaji duta, jimat duit beli kereta duta atau sewa kereta untuk duta dsbnya.
Dan Polis tak perlu tangkap sesiapa pun. Jimat duit api, duit air di lokap dsbnya.
Bagi saya, saya pun sukalah kalau saya berketurunan Superman. Boleh terbang ke sana dan ke sini. Penglihatan mata saya boleh tembus Tembok Besar China.
Seronok juga bila kita duduk berkhayal.
Tetapi sedihlah kalau kita hidup berkhayal.
Nahaslah bila hidup kita khayalan belaka.
Politics Now!
Comments